PTS Bookcafe

BannerFans.com

Lokasi Menarik di Melaka


Tempat-tempat menarik di Ayer Keroh

Terdapat banyak tempat menarik di sekitar Ayer Keroh di mana lokasi tempat-tempat tersebut hanya di dalam lingkungan 1 hingga 3 kilometer sahaja dari PUTERA GUESTHOUSE MELAKA.  Pastinya percutian anda akan lebih menyeronokkan kerana disamping mengimbau kekayaan sejarah Melaka, anda juga berpeluang untuk bersantai dan merehatkan minda dengan aktiviti rekreasi di sekitar Ayer Keroh.

Zoo Melaka
    Zoo kedua terbesar di Malaysia ini meliputi kawasan seluas 54 ekar dan menempatkan lebih daripada 1,200 ekor haiwan dari lebih 200 spesis.  Zoo Melaka mempunyai banyak tarikan, antaranya adalah:
    • Mini Safari
    • Persembahan pelbagai binatang
    • Persembahan Gajah
    • Aktiviti menunggang gajah dan kuda
    • Kedai cenderahati
    • Zoo malam
    Untuk maklumat lanjut tentang  Zoo Melaka klik di sini


    Taman Buaya
                 Barangkali inilah taman buaya di Malaysia yang mempunyai koleksi buaya paling banyak dari pelbagai sub-spesis yang berlainan (maafkan jika saya silap). 

      Tarikan istimewa:
      • Sessi fotografi dengan anak buaya yang membintangi filem "Anna & The King" bernama "Diana".
      • Menunggang kuda & kuda padi.
      • Mini Bikes for Tiny Tots.
      • "Rumah Hantu".
      • Train Rides into Jurassic World
      Antara spesis buaya yang terdapat di Taman Buaya Melaka adalah:
      • Estuarine / Salt Water Crocodile / “Crocodylus Porosus
      • Buaya Tembaga [Buaya tempatan]
      • False Gavial
      • Buaya Jenjulung [Buaya tempatan]
      • Crocodylus Siamensis dari Thailand
      • Spectacled Caiman dari Mexico
      • Indian Marsh Mugger Crocodile
      • American Alligator
      Bayaran masuk:
      Dewasa : RM5.00
      Kanak-kanak : RM3.00

      Waktu operasi:
      Setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang

      Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
      Taman Buaya Melaka (Melaka Crocodile Park)
      Pusat Pelancongan Ayer Keroh
      Ayer Keroh 75450, Melaka
      Tel: +606-232 2349 / 232 2350
      Fax: +606-231 9136

      Melaka Wonderland Theme Park
                  
        Taman tema air yang unik ini menyediakan 16 tarikan yang dinamakan Tornado Chaser (pertama di Malaysia), Lazy cum Crazy river1 Big Wave pool, Adventure Island dan di kelilingi oleh 360 hektar hutan rekreasi semulajadi.  Tarikan eksklusif Melaka Wonderland menjanjikan keseronokan yang tiada bandingannya, dengan luncuran-luncuran air yang mencabar serta panorama hutan semulajadi yang menyegarkan.

        Untuk maklumat lanjut tentang Melaka Wonderland Theme Park, klik di sini.

        Mini Malaysia & Mini Asean
                    
          Sebuah taman tema yang menceritakan tentang sebahagian daripada budaya dan cara hidup etnik di Malaysia dan negara-negara ASEAN, memaparkan secara terperinci replika rumah-rumah tradisional yang terdapat di negeri-negeri di Malaysia serta rumah-rumah tipikal di negara-negara ASEAN.

          Bayaran masuk:
          Dewasa: RM4.00
          Kanak-kanak:  RM2.00

          Masa operasi:  9.00 pagi hingga 6.00 petang


          Muzium Lebah
            Muzium Lebah Sedunia, merupakan satu-satunya muzium yang memaparkan tentang lebah sahaja.. Terletak di Ayer Keroh, Melaka. Mula dibuka pada tahun 1978 oleh Encik Ong Kang Peng iaitu seorang pakar lebah tempatana yang juga pemilik syarikat B.B. Town, pengeluar madu lebah terbesar di Malaysia. Di sini, para pengunjung akan diberikan maklumat terperinci mengenai kitar hidup (serta cara hidup) lebah.  Pengunjung juga berpeluang untuk melihat secara dekat jutaan lebah hidup yang di pamerkan.  Pengunjung juga berpeluang untuk mengetahui tentang jenis-jenis lebah dari seluruh dunia, melihat gambar-gambar sarang lebah serta melihat produk-produk hasilan yang berkaitan dengan lebah seperti madu lebah, propolis, "royal jelly" dan lain-lain lagi.  Lokasi Muzium Lebah ini adalah berhadapan dengan pintu masuk ke Taman Mini Malaysia/Asean. Tiada bayaran masuk dikenakan.


            Taman Seribu Bunga (Garden of Thousand Flowers)
              Taman Seribu Bunga ini diwujudkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di atas sebidang tanah seluas 5.3 hektar bersebelahan dengan komplex pentadbiran kerajaan negeri Melaka, Seri Negeri.  Seperti pada namanya, taman ini pasti akan mempesonakan anda dengan pemandangan indah pelbagai jenis bunga termasuk daripada spesis-spesis yang unik.  Segarkan mata dan minda anda dengan bersantai bersama keluarga....dan jangan lupa bawa kamera anda untuk merakamkan keindahan flora di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh.


              Planetarium Melaka 
                           Terletak di Bulatan Utama MITC seluas 4 hektar, Planetarium Melaka adalah merupakan planetarium kedua di Negeri Melaka.  Ia mempunyai sebuah kubah yang berdiameter 15 meter dan terdapat sebuah panggung persembahan yang boleh memuatkan 250 orang tetamu.  Di samping menarik perhaatian pengunjung yang berminat dengan rahsia dan keindahan angkasa, planetarium ini juga membolehkan para pengkaji daripada institusi pengajian tinggi menjalankan eksperimen dan kajian mereka.  Pada masa ini terdapat tiga buah lagi planetarium di negara ini iaitu Planetarium Negara di Damansara, Kuala Lumpur,  Planetarium Terengganu (yang terletak di kaki Bukit Besar, Terengganu) dan Kompleks Astronomy Al-Khawarizmi yang bernilai RM20 juta di Tanjung Bidara, Melaka.

                Bayaran masuk ke Planetarium Melaka adalah seperti berikut:

                Dewasa: RM15
                Pelajar/Kanak-kanak: RM8
                Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun: Percuma


                Melaka Book Village (Kampung Buku Melaka)


                        Pada masa ini, Kampung Buku Melaka merupakan satu-satunya "kampung buku" yang masih beroperasi di Malaysia.  Ia juga merupakan perkampungan buku ke-5 dibina di Asia dan yang ke-33 di dunia.  Sebagai ahli "International Organisation of Book Towns (IOB)" dan "Book Town Movement", ia menerapkan konsep perbandaran dan perkampungan buku sepertimana yang terdapat di seluruh dunia seperti di Jerman, Norway dan Wales tetapi berasaskan kepada ciri-ciri tradisional tempatan.  Terdapat kira-kira 15,000 buah buku di perkampungan buku ini yang boleh dibaca, dijadikan rujukan malahan juga untuk dibeli.  Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung yang mengunjungi kampung buku ini.


                Pusat Komersil

                • Melaka International Trade Center (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka)
                         
                       Penubuhan MITC di Bandar Satelit Ayer Keroh oleh Kerajaan Negeri Melaka adalah bertujuan untuk menjadikannya sebagai pusat sehenti (one-stop center) perniagaan dan perkhidmatan.  Ia merupakan pembangunan kawasan perbandaran terkini di lokasi yang sangat strategik, iaitu di kawasan Pintu Masuk Utama ke Negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
                 


                • Kota Fesyen
                         ****photo will be upload soon****

                • Mydin Mall Hypermarket
                         

                • Melaka Mall
                         

                • Aeon Jusco@Ayer Keroh
                         


                  Pusat Pentadbiran Kerajaan

                  • Seri Negeri
                           

                  • Wisma Negeri
                           

                  • Menara Persekutuan
                            ****photo will be upload soon****

                  • Kementerian Dalam Negeri
                            ****photo will be upload soon****


                    Pusat Rekreasi dan Sukan

                    • Taman Botanikal (dahulu dikenali dengan nama Hutan Rekreasi Ayer Keroh)
                             

                    • Taman Rekreasi Tasik Ayer Keroh
                              ****photo will be upload soon****

                    • Kompleks Sukan & Stadium Hang Jebat
                             

                    • Melaka International Bowling Center (MIBC)
                             


                      Universiti dan Kolej

                      • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
                               Merupakan universiti teknikal yang pertama ditubuhkan di Malaysia dengan fokusnya untuk melahirkan professional yang mempunyai kemahiran teori dan praktikal.  Lokasi kampus utamanya hanya kira-kira 5 kilometer dari Putera Guesthouse Melaka.


                      • Multimedia University (MMU)
                               Bermula sebagai pusat latihan bagi staff TM (dahulunya Telekom Malaysia), ia telah mengalami beberapa transformasi sehingga kini merupakan sebagai salah  satu universiti multimedia yang terkenal.  Terletak di Bukit Beruang, MMU hanya kira-kira 3 kilometer dari Putera Guesthouse Melaka.

                      • Kolej Komuniti Bukit Beruang
                               

                      • Kolej Universiti Antarabangsa Yayasan Melaka (dahulu dikenali sebagai Kolej Yayasan Melaka)
                               

                      • Melaka Manipal Medical College
                               

                      • Melaka International College of Science and Technology (MICoST)
                               

                      • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
                               

                      • Politeknik Kota Melaka
                               

                      No comments:

                      Post a Comment